alpocot wrote:Cuma yang ketara sama tu Tim Rajeff dgn Rick Hartman tu memang macam aku.

Susah nak kata sbb aku belum pernah lagi tgk Al-Poch atau kebanyakan forumer MFR yg casting beriya mcm otai-otai ni. Maybe sbb most of the time aku tgk dorg cast masa layan stream, so most of the time jgk la aku hanya nampak sisi dorang yg byk cast secara "relax". Tapi aku pasti Poch & diorang tu semua boleh je cast hebat mcm tu. Tp yg aku pernah tgk cast secara beriya adalah Man72, Syahrule & Belue; yg walaupun gaya mereka tak sama dgn mana-mana otai di atas, tapi cast mereka tetap hebat. Hehehehe...!
Mcm aku ckp masa ngeteh minggu sudah, kita dlm MFR ni pun dah ade para casters yg hebat (walaupun belum/tidak diiktiraf oleh mana-mana persatuan/pertubuhan...etc). Bagi sesiapa yg nak belajar/memperbaiki casts dorang, belajar dulu basic fundamental daripada...;
1) Topek a.k.a. thefishfighter - sebab Topek cast sebijik mcm dlm buku. Tgk cara dia cast mmg tepat & kemas. The basic of all basics.
2) Then untuk double-hauling, cuba menuntut dgn Belue plak - sbb Belue punya double-hauling mmg hensem. Lepak sejam-dua dgn dia, confirm kita bleh faham konsep & praktik "dabel-hol" (bukan double cheese) dgn baik.
3) Then bagi yg nak memperkemaskan casting distance, boleh berguru dgn Man72 / Syahrule - sbb diorang cast mmg afdal. Aku boleh katakan yg diorang cast sebijik mcm Pak Amin. Optimal distance!
4) And lastly, menuntutlah dgn Poch utk belajar tentang practical casting (presentation, accuracy, practicality...etc). Al-Poch nie byk knowledge tentang casting yg bleh di apply "semasa" kita fishing.
Ini hanya suggestion aku je yg dibuat dari observation aku. Kalau ade yg kurg setuju, aku minta maaf (aku sedar ramai lagi yg hebat dlm fly casting kat Malaysia ni). Selain daripada kemahiran diorang dlm casting, aku tahu diorang nie adalah jenis orang yg suka menolong & berkongsi ilmu. Sbb itulah elemen terpenting skali utk jadi seorang guru.
Dan jangan lepaskan peluang jikalau berkesempatan untuk kita berguru juga dengan para otai casters (yg tidak/belum join forum MFR ni) mcm Ben Foo, Dr. Ling, Pak Amin, Tok Mie...etc. Makin byk guru, makin byk ilmu, makin byk kemahiran & makin byk kawan. And I am very sure, once kita habis menuntut daripada mereka ini, God's willing kita dah boleh cast dgn baik. Apa-apa pun, buruk-baik kesudahannya dtg dari diri kita sendiri jgk.
P/S: Aku rasa aku cast mcm Jerry Siem lah. Aiseh...
